Wednesday, May 18, 2011

Bunga Tulip..

Yang ini pula adalah bunga tulip.Kenal kan?? Bunga ini juga dikenali dengan nama saintifik nya iaitu(Tulipa) merupakan nama genus untuk 100 spesies tumbuhan berbunga yang termasuk ke dalam keluarga Liliaceae. Tulip berasal dari Asia Tengah, tumbuh liar di kawasan pegunungan Pamir dan pegunungan Hindu Kush dan stepa di Kazakhstan. Negeri Belanda terkenal sebagai negeri bunga tulip. Tulip juga merupakan bunga nasional Iran dan Turki.
Tulip merupakan tumbuhan tahunan berumbi yang tingginya antara 10-70 cm, daunnya juga berlilin, berbentuk sempit memanjang berwarna hijau nuansa kebiru-biruan, dan bunganya berukuran besar terdiri 6 helai daun mahkota. Tulip hasil persilangan menghasilkan bunga berwarna tunggal, merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu, atau berbagai macam kombinasi dan gradasi warna. Tulip menghasilkan biji-biji berbentuk bundar pipih yang dibungkus kapsul kering. Seperti juga bunga mawar, lili, anggerik dan peony, tulip adalah tanaman bunga yang paling banyak dibudayakan manusia.

Bunga Iris..


Okey..

saya nak memperkenalkan anda dengan bunga yang agak cantik. Ia adalah bunga iris. Haaa, cantik kan bunga ni, ia ada warna biru dan ungu.Maklumat tentang bunga ni tak dapat nak diceritakan dengan lebih lanjut, kerana maklumat tidak banyak. Jadi untuk episod akan datang saya akan cuba bagi maklumat yang lebih jelas untuk makluman kamu semua. Semoga kalian dapat manfaat dari maklumat tentang bunga disini! Tunggu yaa! ^^