Thursday, October 31, 2013

@_@

kerana sayang saya terima kembali dan beri awak peluang untuk ada dalam hidup saya. dan kerana saya tahu setiap orang pasti ada melakukan kesilapan. Tapi harus ingat saya mungkin tidak seperti dulu!


"Suami jangan mendengar rintihan dari mana-mana wanita yang bermasalah. Begitulah juga isteri jangan mendengar luahan dari mana-mana lelaki yang bermasalah kerana bimbang akan terbuka pintu-pintu kecurangan"

terima kasih SAYANG *_*

✔ Biasakanlah bibir kita untuk ucapkata "TERIMA KASIH, SAYANG" terhadap pasangan kita setiap kali dia melakukan sesuatu perkara buat diri kita.. Walaupun perkara itu hanya sekadar mengambil air, menggosok baju kita, mengemas tempat tidur kita, membasuh pinggan yang telah kita gunakan dan sebagainya..

✔ Ungkapannya amat ringkas tapi kesannya menusuk hingga ke jantung hati.. Dengannya terasa hilang segala penat lelah, hilang rasa amarah, dan hilang segala gundah apabila orang yang dikasihi tahu kita menghargainya..

✔ Ungkapan yg ringkas inilah yang setiap kali dilafazkan, akan berlumba-lumba Malaikat mahu mencatitkan pahala kita dan membuat syaitan menangis melihat kemesraan pasangan yg mendapat "rahmat" dari ALLAH Ta'aLa ini.

untuk yang dah bernikah yer!

CARA BERKASIH SAYANG mengikut SUNNAH RASULULLAH SAW:

1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan

bestnyer! x sabar nak kawin...~

Selepas kahwin nanti,
Isteri masak ~> suami makan.
Suami imam ~> isteri makmum.
Suami baca doa ~> isteri aminkan.
Isteri merajuk ~> suami pujuk.

~♥> Hidup saling melengkapi selepas perkahwinan.
Bahagia kan? (,"(",)~

penguat memOri!

Dulu saya selalu pening sebab memori saya lemah dan tak boleh fikir banyak nanti kepala saya sakit yang amat sangat sebab saya ni ade migraine...

Jadi saya pun utarakan masalah ni kepada syaikh saya untuk meminta "ubat" daripadanya....

Beliau ajarkan saya sesuatu yang sangat bermakna yang mengubah diri saya lepas tu. Amalan yang beliau ajarkan kepada saya ialah:

1) Jangan bermaksiat walau sekecil maksiat sebab itu raja segala kekuatan akal dan memori,lagi banyak tinggal maksiat,lagi kuat otak kita.

2) Banyakkan makan kismis,badam,kurma dan jangan makan kepala ikan,kepala udang,organ dalaman,jajan,coklat,keropok dan semua jenis makanan yang ada MSG dan bahan kimia yang banyat,minuman berkabonat dan semua yang tak berkhasiat.

3) Amalkan adab-adab sunnah pada setiap masa samada tidur,makan,minum,masuk tandas,dalam tandas,belajar dan sebagainya.

4) Yang terpenting,amalkan sunnah selepas salam ketika solat iaitu letakkan tapak tangan kanan di dahi sejurus selepas salam dan baca Allahuakbar sekali,kemudian baca astagfirullahal'azim sebanyak 3X tetapi pada kali yang ketiga,kuatkan sedikit dan lanjutkan sedikit bacaannya. Kemudian baca doa: " bismillahillazi laailahailla huwarrahmanir rahim, Allahumma Azhib 'Annil Hamma wal Huzna.." , kemudian selawat 3X dan baca "Ya Qowiyyu " 10X dengan niat dan doa dalam hati supaya Allah kuatkan akal kita...

Alhamdulillah sejak amal benda ni bermula beberapa tahun lalu hingga sekarang, Allah telah berikan kecerdasan fikir dan memori yang kuat dan juga sembuhkan migraine tu...

Jadi sangat lah berbesar hati untuk saya kongsikan bersama dengan korang amalan ni...yang penting,mesti istiqamah..yakin sungguh-sungguh bahawa Allah Maha berkuasa untuk buat apa sahaja sebab Allah lambat kabulkan doa orang yang dalam hatinya ada kebesaran makhluk (apa-apa selain Allah),tetapi orang yang dalam hatinya cuma ada Allah,Allah akan kabulkan doanya sebelum dia angkat tangan untuk berdoa dengan izinNya...

Nota: Mengikut syeikh saya, amalan ini merupakan amalan warisan yang diajarkan kepadanya oleh Qutbul Aqtab Maulana Muhammad Zakariyya Al-Khandahlawi Rahimahullah,seorang wali qutub yang sangat hebat hubungannya dengan Allah dan Rasul...

Dari Ibnu Batoota Owsem

dialog ringkas!

Dialog Suami Isteri

Suami : Sayang buat ape tu?
Isteri : Tengah kemas bilik sikit ni.. Kenapa abang?
Suami : Sayang haus? Abang buatkan air milo untuk sayang ok..
Isteri : Heeee.. boleh jugak.. Thank u abang.. Sayangggg abanggg

P/S : Sweetkan kalau tiba-tiba suami offer macam ni? Korang nak? hahahaha..tunggu dah kawin nanti yer!! ^_^

Friday, October 25, 2013

untuk kekalkan kemesraan sebagai suami isteri!! selamat mencuba :)

Adegan romantik suami isteri boleh lakukan secara spontan. Saya kongsikan yea, moga lagi mesra hubungan kalian!

1. suami/isteri peluk dari belakang suami yang sedang berdiri.
2. suami/isteri bisik ayat romantis dan manja di telinga isteri, cuba gigit sikit telinganya!
3. sebelum mandi, isteri tulis nota kecil dan bagi suami bertulis "sayang nak mandi ni, pintu toilet tak kunci!" hihihi.. kemudian kenyit mata, pelik kalau suami tak nak ikut!
4. masa makan, kaki suami boleh cuit2 kaki isteri di bawah meja walaupun makan bersama anak-anak.
5. nak lagi? anda boleh fikirkan cara yang setiap hari boleh beri kejutan untuk pasangan, sedikit tapi setiap hari itu bermakna.

Friday, October 18, 2013

saling melengkapi ^^

Bila melihat rumah bersepah, tekanan kerja, keletihan dan ketika itu isteri datang bulan pula.. Semua jadi tak kena.

ISTERI : "Abangg, tolonglah saya. Rumah sepah, saya penat, bla bla bla bla..pot pet pot pet.." sambil nangis2.

SUAMI : Suami juga keletihan balik kerja tapi sedar isterinya dalam mood tak kena terus datang rapat pada isteri dan peluknya kemudian kesat air mata isteri dan letak jari di bibir lembut isterinya "Sayang, abang kemas kejap yea. Pergi mandi, nanti siap mandi je sayang tgk apa abang buat yea"

Ketika isteri mandi, si suami kemas rumah secepat mungkin dan siapkan makanan yang simple, spaghetti!heheehe

MORAL : Lelaki paling baik adalah yang memahami, sabar dan dalam apa keadaan dialah yang mengawalnya bukan menjadikan suasana lebih tegang. Serius spaghetti mudah je buat, sebab saya dah buat. Nanti kalau terjadi keadaan seperti ini, saya masakkan je benda ni. Anda pun boleh

hehhehee

ISTERI : Abang ..jom main sembuyi-sembunyi nak tak?jom laaaa
SUAMI : hurmm , tak nak lah :|
ISTERI : Alaaaaaaa..kenapa banggg? ;(
SUAMI : sebab....(pegang tangan isteri dan memandang tepat pada anak mata isteri) Wanita seperti awak , susah untuk "ditemui"...
ISTERI: Alaaaaa Abang ni, (sambil cubit manja lengan suami)

kekuatan isteri...~

Alahaiiiiii Isteriku... (Dari Seorang Suami)

Isteri ni,bila dah dekat dengan due date, jalan sikit pun termengah-mengah, berdiri lama pun dh semput, tidur pun tak selesa...TAPI KAN...

- Makanan untuk anak-anak dan suami tetap disediakan,walaupun kaki terketar-ketar menahan lenguh

- Pinggan mangkuk tetap dibasuh walaupun perut dah melekat di sinki

- Kain baju tetap dibasuh, dijemur, dan tersusun rapi walaupun termengah dan terhencot-hencot nak jalan

- Rumah tetap dikemas walaupun geraknya perlahan dan tersekat-sekat

- Persiapan anak-anak sekolah tetap diuruskan walaupun penat dan tak berdaya

Dan...memang YA...Isteri anda seorang yang kuat, kalau tidak, masakan dia boleh bertarung nyawa melawan kesakitan melahirkan zuriat kita, wahai suami...

TAPI...pastinya isteri akan tersenyum lebar.. BILA dia lihat

- Makanan telah siap terhidang untuk diri sendiri (suami) dan anak-anak
- Pingan mangkuk siap dibasuh tanpa disuruh
- Kain baju tersusun rapi sedia dipakai oleh keluarga
- Rumah siap berkemas & bersih
- Perihal anak-anak ditanggung beres
- Dan yg paling menyentuh perasaan bila suami mengucapkan terima kasih & menawarkan khidmat untuk mengurut isteri

AT LEAST... walaupun kita tidak merasai beban yang dipikul, tetapi cukuplah dengan menghargai pengorbanan isteri kita melalui sokongan moral mahupun emosi..

SEBAB... kita juga yang bertanggungjawab menjadikannya sebegitu, kan?

HARGAI DAN SAYANGILAH ISTERI KITA KERANA PENGORBANAN YANG TIADA BATASAN

merajukk.. **

Tengahari tadi, isteri saya merajuk. Alaaa.. bukan sebab kesalahan besar pun.. Saya hanya tak minum kopi yang dia buat je.. Tu pun sebab busy repair laptop.. Dah jadi kes, terus dia merajuk. Aduuu.. cik isteri cik isteri

Tapi takpelah. Saya akur dan akui kesilapan saya. Saya cuba memujuk , tetapi dia tetap mendiamkan diri tidak bersuara.

Bukan seminit dua dia membisu, berjam-jam lamanya. Sehingga saya membongkar satu rumah seolah-olah mencari sesuatu.

Mungkin dia dah tak tahan tengok saya menyelerakkan barang-barang rumah, akhirnya dia bertanya :

Dia : Abang cari apa ni?

Saya : Abang sedang mencari suaramu Sayang..

Terus dia tersenyum. hahahahahahahaha
Lepas dia senyum, lagi bertambah kerja saya.

Dia : ''Kemas balik apa yang Abang sepahkan..'' Hoho