Saturday, July 20, 2013

alahaiii sweetnyer.. *.*

Sepasang suami isteri berlaku sedikit salah faham. Si isteri mula merajuk dan disudut hati mengharapkan si suami datang memujuk. Tapi si suami ke luar di hadapan rumah untuk menenangkan fikiran, si isteri mulai menagis kerana merasakan diri tidak disayangi dan dihargai. Tidak lama kemudian si suami yang mendengar tangisan isteri datang memujuk si isteri dengan baik . Alhamdulillah

Suami : sayang, dah la tu..abg mintak maaf ye.
Isteri : ye
Suami : maafkan la abg ye..
Isteri : yerrr
Suami : syg......tengok tu...
Isteri : yerr
Suami : Syg busyukkkkk....
Isteri : Abang!!!
Suami: Alo-alo manja nye. hahaha, mehh syg sikit.

Apabila perempuan balas "yerr" itu maksud nya "MASIH MERAJUK" tapi nak bermanja . jgn kecikkan hati mereka kerana nabi berpesan "layanlah isteri-isteri kamu dgn lemah lembut" *selagi tak melampaui batas2*

petUa uNtUK iStERi cAnTik & BAhAgia..~

lepas solat isyak, amik air segelas baca surah al-fatihah 1x, ayat al-kursiy 1x,
dan surah al-waqiah ayat 35-38 sebanyak 7x..then tiup dlm air dan blh minum..
yg penting niat utk jaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga..in syaa Allah :)

manisnya bila semua dah halal ~,~

Sebelum pergi kerja .

I : "Abang.. nk salam "
S : "Syg nk salam je?"
I : "Eeiuu, Abg jgn gatal depan pintu ea?" (bulatkan mata)
S : "Hahaha, syg buat lagi suka tgok" (sambil cium tgn isteri seperti isterinya buat)
I : "Abang, knp stiap kali klu sy salam mesti Abang cium tgn sy balik "
S : "Kalau nk tahu kiss pipi Abang dlu. "
I : "AbANG...!" (cubit perut suami)
S : "Au!.. haha, okey2 sorry, tak tau lah knp. tapi setiap kali syg hormat abg. Abg rasa syg. Bila Abg cium tgn isteri abang yang dah byk tolong abg itu lah cara abg hargai syg. Walaupun syg selalu bebel2 dekat abang. cubit abang. sakat abang balik kerja. Buat duckFACE dekat abang. tu semua abang suka"
I : "abang... pergi lah kerja cepat2 nanti sy rasa mcm nk nangis"
S : "hahaha.. mehh syg skit"

Gurauan, sakat , gaduh , merajuk . itu lah yg lagi mengeratkan hubungan. Alhamdulillah. seronok hidup secara halal. ♥♥
ngeh3..dh kawen blh laa nk praktis ok! :)

Sunday, July 7, 2013

zikir nak lembutkan hati suamiku.~

~ya Aziz
~ya Jabbar
~ya Mutakabbir

lepas baca beberapa kali, hembuskan pada suami kalo dia tak perasan.
tak pun time suami tidur nyenyak, isteri baca zikir nie pastu hembus kat tapak tangan
dan kemudian letak kat hati(dada)suami . mudah2an Allah lembutkan hati dia..so bila hati
dah lembut, mudahla dibuka kunci perhubungan dan pintu perbincangan.. :)

Saturday, July 6, 2013

betul ke erk...??? ^6^

perempuan sUkAkAN lelAki YanG mEnCeRIAkAN hIDuPNya,
menGhApUSKan KeSeDiHaN,cArINg & MemaHAmi waLAUpun TaK hANDsOmE... KAn???!!

ya Allah tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tak menghargai
dengan sedaya usahaku sekalipun..
dan titipkanlah serta bukakanlah perasaan aku terhadap dia
yang tak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya...~

kalo suke, x semestinya bercinta..
kalo bercinta x semestinya ada jodoh
dan kalo ada jodoh x kn ke mana...~

Friday, July 5, 2013

heeee..~

10 PERKARA YANG ISTERI SUKA SUAMI BUAT

1. Saya suka suami cium saya bila nak pergi kerja dan bisikkan "I Love You Sayang"
2. Saya suka bila suami pesan dan doakan saya sebelum pergi kerja
3. Saya suka bila suami sms/whatsapp ayat-ayat cinta tanda ingatan kepada saya sewaktu kerja
4. Saya suka suami turut bantu saya dengan kerja-kerja rumah selepas balik kerja
5. Saya suka suami membelai dan mengurut badan saya selepas seharian stress dan letih bekerja
6. Saya suka sekali sekala suami bawa saya makan "candle light dinner" di restoran yang menarik
7. Saya suka bila suami ingin luangkan masa mendengar masalah saya di tempat kerja
8. Saya suka bila suami peluk saya apabila ingin tidur
9. Saya suka suami hantar (dan ambil) saya ke tempat kerja
10.Saya suka setahun sekali suami bawa saya bercuti ke pusat peranginan yang menarik


bila WAKTU tak IZINKAN kita terus BERSAMA,
maka izinkan aku untuk terus MENYIMPANMU dalam HATIKU..

terimalah seadanya...^^

cinta..

Dua tahun lalu, aku selamat melahirkan seorang puteri yang amat dinanti-nantikan. Alhamdulillah. Berkat kesabaran aku dan suami, Allah s.w.t akhirnya mengurniakan kami bayi comel ini. Namun, disebalik keriangan itu, tersembunyi di sudut hatiku satu perasaan yang amat aku tidak senangi. Ia datang tanpa aku undang. Ia timbul disaat aku melihat setiap suami yang datang menziarahi isteri masing-masing, datang dengan membawa hadiah. Ya. Sebagai tanda penghargaan buat mereka yang telah berjuang berhabis-habisan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat keturunan sang suami ke dunia nyata.

Ada yang datang membawa hamper pakaian. Ada juga yang datang membawa sebakul buah-buahan. Tetapi, suamiku ?? Dia hanya datang membawa beg pakaianku dan baju baby yang baru aku lahirkan. Baju baby itu pun adalah ‘sedekah’ pemberian dari kakaknya. Baju yang tidak muat dipakai oleh anak bongsunya yang telah berusia setahun dan telah pun usang.

Entahlah. Mungkin ini adalah nasib aku. Dipasangkan dengan seorang lelaki yang lurus bendul. Tidak pandai membantah apatah lagi membuat keputusan yang betul. Mungkin istilah itu agak keterlaluan. Tapi itulah hakikat yang harus aku telan.

..Hari ini aku kembali lagi. Alhamdulillah. Kali ini, Allah s.w.t mengurniakan aku sepasang bayi lelaki yang amat cute. Putih dan gebu. Seperti dahulu, perasaan itu tidak jemu-jemu datang menziarahi aku. Namun, kali ini, aku pasrah. Aku cuba untuk tidak membandingkan diri suamiku dengan suami orang lain. Mungkin disebalik kelurusannya itu, terselindung 1001 hikmah yang aku tidak tahu.

Aku tidak mahu melayan perasaan ‘jahat’ itu lagi. Pandanganku ku alih. Tenang hatiku bila menatap wajah bayi kembarku tidur dengan nyenyaknya. Keputusan ku buat untuk turut tidur, melelapkan mata bersama mereka. Mudah-mudahan, bila aku terjaga nanti, perasaan itu akan hilang, terbang, pergi bersama bayangan mimpi kelam. Bismillah.. Kepada-Mu ku pohon pertolongan.

‘’Puan.. Puan.. ,’’ Suara jururawat muda itu terngiang-ngiang menembusi gegendang telingaku. Aku membuka mata. Dalam samar, aku memandang wajahnya.

‘’Ini saya bawakan hadiah untuk Puan. Dari seseorang yang istimewa..’’ dia senyum lalu berlalu pergi.

Aku masih terpinga-pinga. Adakah aku masih berada di alam mimpi? Atau adakah aku sudah tidak berada di dunia lagi ? Aku gosok mataku berkali-kali. Tidak dapat aku gambarkan perasaanku ketika itu. Gembira. Suka. Bahagia. Aku seronok. Aku tersenyum puas apabila melihat jambangan merah bunga ros yang disusun rapi di dalam bekas berbentuk 'love'. Juga di sisinya terdapat satu set bersalin mendampingi. Dalam kesakitan bercampur keriangan, aku bangkit mencapai kad ucapan yang terselit di jambangan itu.

‘’Terima kasih Sayang. Terima kasih kerana telah berkorban nyawa untuk melahirkan anak-anak Abang. Maafkan segala kekurangan yang terdapat pada diri Abang. Ketahuilah bahawa, Abang amat menyintai Sayang bermula dari kita berjumpa sehinggalah tiada hujungnya..’’

Sedar tidak sedar, air mataku mula bertakung. Panas. Aku rimas dengan takungan air suci ini. Menyesal, bersalah dan amat-amat berdosa aku rasakan saat itu. Suami yang aku labelkan sebagai seorang yang lurus bendul rupa-rupanya mempunyai sekeping hati yang begitu murni. Titisan-titisan itu telah mula membanjir. Dan akhirnya ia mengalir. Mengalir jatuh menimpa kad ucapan di tanganku. Aku sapu agar ia tidak memadamkan kenangan indah ini hasil nukilan suamiku.

‘’Sayang.. Kenapa ni ?’’

Tiba-tiba suamiku muncul berdiri di depan pintu. Bersama-samanya, dipimpin anak perempuan kami yang sudah pandai berjalan. Rambutnya diikat tocang dua. Comel. Ibarat bayi perempuan Pooh di dalam kisah animasi Monster Inc. Pandai suamiku menjaganya. Aku tidak menahan mata ini dari terus melepaskannya mengalir deras. Suamiku semakin mendekati. Resah. Lalu, dia duduk di tepi.

‘’Abang minta maaf Sayang. Abang terlambat. Annisa nak ke tandas tadi. Nak buang a..’’. Belum sempat dia menghabiskan bicaranya, aku rangkul jasad mulia itu semahunya. Aku menangis. Menangis menyesal di atas kekotoran hatiku ‘menghina’ dia.

‘’Abang.. Sayang minta maaf. Sayang banyak buat dosa terhadap Abang. Abang.. Tolonglah maafkan Sayang..’’ dalam sedu aku memohon ampun darinya. Aku tidak mahu lagi dirantai perasaan bersalah terhadap dia.

‘’Apa yang Abang nak maafkan ? Sayang tak ada buat salah pun dengan Abang. Apatah lagi, dosa Sayang sekarang telah Allah ampunkan hasil dari pengorbanan Sayang melahirkan anak Abang. Dah jangan nangis lagi. Tengok ni, apa yang Abang bawa untuk Sayang. Suka tak? ‘’ pujuk Suamiku mesra.

‘’Suka. Sayang suka Abang. Terima kasih. Sayang sayang Abang’’

P/S : Biarpun suami kita mempunyai banyak kekurangan, kita tidak boleh merajakan kekurangan itu sehingga menyebabkan kelebihan yang ada padanya tenggelam. Terimalah dia seadanya. Di samping itu, bantulah dia untuk mengatasi segala kekurangan yang ada. Kita kekurangan bila berseorangan. Namun, bila berdua, kita kan mencipta kesempurnaan.