Wednesday, May 18, 2011

Bunga Tulip..

Yang ini pula adalah bunga tulip.Kenal kan?? Bunga ini juga dikenali dengan nama saintifik nya iaitu(Tulipa) merupakan nama genus untuk 100 spesies tumbuhan berbunga yang termasuk ke dalam keluarga Liliaceae. Tulip berasal dari Asia Tengah, tumbuh liar di kawasan pegunungan Pamir dan pegunungan Hindu Kush dan stepa di Kazakhstan. Negeri Belanda terkenal sebagai negeri bunga tulip. Tulip juga merupakan bunga nasional Iran dan Turki.
Tulip merupakan tumbuhan tahunan berumbi yang tingginya antara 10-70 cm, daunnya juga berlilin, berbentuk sempit memanjang berwarna hijau nuansa kebiru-biruan, dan bunganya berukuran besar terdiri 6 helai daun mahkota. Tulip hasil persilangan menghasilkan bunga berwarna tunggal, merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu, atau berbagai macam kombinasi dan gradasi warna. Tulip menghasilkan biji-biji berbentuk bundar pipih yang dibungkus kapsul kering. Seperti juga bunga mawar, lili, anggerik dan peony, tulip adalah tanaman bunga yang paling banyak dibudayakan manusia.

Bunga Iris..


Okey..

saya nak memperkenalkan anda dengan bunga yang agak cantik. Ia adalah bunga iris. Haaa, cantik kan bunga ni, ia ada warna biru dan ungu.Maklumat tentang bunga ni tak dapat nak diceritakan dengan lebih lanjut, kerana maklumat tidak banyak. Jadi untuk episod akan datang saya akan cuba bagi maklumat yang lebih jelas untuk makluman kamu semua. Semoga kalian dapat manfaat dari maklumat tentang bunga disini! Tunggu yaa! ^^

Saturday, April 9, 2011

Bunga Mawar..~

Bunga mawar yang juga dikenali dengan nama ilmiah Rosaceae merupakan tanaman dari Ordo Rosanales sangat pantas menyandang julukan si ”Ratu Bunga” karena hampir semua orang menyukai dan mengenal mawar. Warna bunganya yang cantik menawan dengan aneka ragam warna warni seakan menghidupkan suasana taman menjadi semarak, ditambah lagi pesona harumnya yang semerbak wangi.Bunga mawar dikenal mempunyai banyak varietas sehingga disebutlah dia Rosaceae atau keluarga mawar mawaran. Kemajuan teknologi semakin membuat keluarga tanaman ini beraneka ragam dengan warna warninya mulai dari merah, ungu, hitam dan bahkan campuran beberapa warna. Disamping itu kelopak bunganya juga semakin variatif, dari yang berkuntum tunggal, ganda sampai yang bertumpuk.
Secara umum, bunga mawar dikelompokkan berdasarkan perawakan dan sifat pertumbuhannya menjadi 4 kelompok besar. Yakni: bunga mawar semak yang banyak ditanam sebagai pagar, mawar kerdil berupa tanaman dalam pot, mawar pohon dan terakhir mawar liana yang tumbuh merambat.

Bunga Raya..

Okey..ini pula adalah bunga kebangsaan kita iaitu bunga raya. Ramai juga orang yang mengenali bunga ini dengan nama "hibiscus"..Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosa-sinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Bunga Orkid..^^

Ini pula bunga orkid yang berwarna kuning. Untuk pengetahuan kamu semua, bunga orkid sebenarnya banyak warna, antaranya warna pink, ungu, putih dan lain-lain lagi.Cuma yang kita biasa tengok bunga orkid yang macam gambar ini lah. POKOK orkid atau orchidaceae adalah keluarga bunga yang banyak perbezaan pada bentuk dan rupa pokok. Ada 808 spesies orkid di Malaysia yang boleh dikenali menerusi bunga.Bunga orkid adalah daripada sepal, petal, stamen dan pistil yang mempunyai daun urat selari. Gabungan stamen dan pistil dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala di sebelah dalamnya pula terdapat dua kelopak petal.
Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang sari di bahagian bawah. Debunga terletak dalam pundi yang dipanggil polinia dalam bilangan yang genap 2-12. Ovari terletak bawah sepal dan berfungsi sebagai tangkai bunga atau pedisel. Setelah persenyawaan, ovari akan membesar menjadi buah orkid yang mengandungi biji benih.
Orkid monopodium mempunyai batang yang kecil dan di liputi oleh upih-upih daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan tunas-tunas baru setelah dipotong.
Keratan batang kemudiannya ditanam di dalam pasu di atas tanah yang tidak lembap. Genus-genus orkid komersil yang terdapat dalam kumpulan monopodium ialah Vanda, Arachnis, Renanthera, Aranda, Phalaenopsis, Holttumara dan Mokara.
Penghasilan bunga banyak bergantung kepada keadaan ‘photoperiodic’ dan suhu sekitaran. Untuk orkid Dendrobium, Oncidium, Cattleya dan Phalaenopsis, pokok akan terangsang untuk berbunga selepas terdedah kepada masa gelap/malam yang panjang. Oleh itu, pokok orkid jenis tersebut perlu naungan untuk menggalakkan pengeluar orkid jenis Aranda, Aranthera, Arachnis, Mokara, Renanthera dan Vanda akan hanya terangsang mengeluarkan bunga setelah di dedahkan kepada matahari sepenuhnya. Oleh itu, orkid jenis ini tidak memerlukan naungan pada peringkat matang.

Bunga Kiambang..~

Bunga kiambang yang begitu indah dipandang. Tumbuhan ini ada di rumah saya tau. Ia diletakkan dalam pasu yang besar yang dipenuhi dengan ikan-ikan kecil. Ia biasa ditemukan mengapung di air menggenang, seperti kolam, sawah dan danau, atau di sungai yang mengalir tenang. Seluruh bahagian pokok kiambang dikatakan mengandungi banyak kalium dalam bentuk kalium klorida dan kalium sulfat dan bahan pahit yang akan larut dalam air di mana ia tumbuh. Oleh itu pendarahan dalam usus dikatakan mampu terjadi jika manusia terminum air di mana kiambang tumbuh. Malah jika kiambang dimakan mentah, kesannya dikatakan mulut dan kerongkong akan berasa gatal dan sakit. Pokok air ini tidak memiliki nilai ekonomi yang tinggi kecuali sebagai sumber humus atau baja atau pun sebagai tanaman hiasan di kolam atau akuarium. Namun begitu tahukah anda, kiambang juga dikatakan memiliki khasiat ubatan yang tersendiri. Untuk tujuan ubat herba, tidak semua spesies yang boleh digunakan, hanya spesies yang tercatat sahaja yang dimaksudkan.
Air rebusan daun dikatakan boleh diminum untuk merawat batuk darah, diabetes dan sifilis dan juga digunakan sebagai air mandian untuk mengurangkan masalah kembung air di perut. Seluruh bahagian pokok dikatakan jika ditumbuk lumat boleh dijadikan ubat tampal pada kulit perit dan bengkak, bisul, sifilis dan terseliuh. Manakala air rebusan seluruh bahagian ini dikatakan boleh diminum untuk merangsang haid, melawaskan buang air kecil dan penghadaman, merawat disenteri, gonorea, sakit buang air kecil dan tiada atau kurang air kecil. Akar pokok teratai pula dikatakan boleh direbus dan diminum untuk melawaskan buang air besar. Walaupun terdapat pelbagai kegunaan kiambang, namun sebelum menggunakannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Bunga Jasmin..~

Sekarang ni saya perkenalkan pula kepada anda bunga Jasmin. Pernah dengar tak?? Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac (jasmin) terdiri dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. Ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.

Bunga Loceng..^^

Kalau kawan-kawan nak tahu, inilah bunga yang saya paling suka. Tapi yang saya paling suka sebenarnya adalah bunga mawar.  bunga ini juga dikenali sebagai bunga seri pagi. Tapi ada juga yang menggelarkan ia sebagai bunga kembang pagi. Cantik kan bunga ni.? Mesti lah cantik, semua yang Allah cipta di muka bumi ni semuanya cantik-cantik. Terkenal dengan sifatnya yang suka menjalar, pokok herba ini memiliki khasiat karbohidrat, serabut, mineral dan mengandungi kadar toksik yang sederhana.


Berasal dari Afrika Utara, tumbuhan berbunga ini apabila dikeringkan dan kemudian dijadikan serbuk minuman dapat:
1. Merawat ketidakselesaan perut
2. Merawat kencing berdarah
3. Merawat air kencing terlalu sedikit
4. Merawat batuk..
5. Merawat jangkitan pada pernafasan.
Kalau ikut kajian, dikeringkan dan dijadikan minuman macam teh.. Tapi eloklah tanya pada yang pakar dulu.. =)..

Bunga Teratai..

Bunga teratai ini biasanya tumbuh di tasik.Ia adalah tanaman air yang tumbuh tegak. Tanaman teratai tumbuh di permukaan air yang tenang. Tanaman teratai memiliki daun yang tumbuh mengambang di permukaan air. Bunga teratai juga terdapat di permukaan air, bunga dan daun teratai keluar dari tangkai yang berasal dari rizoma yang berada di dalam lumpur pada dasar kolam dan sungai.
Tangkai teratai terdapat di tengah-tengah daun. Daun berbentuk bundar atau bentuk oval yang lebar yang terpotong pada jari-jari menuju ke tangkai. Permukaan daun tidak mengandung lapisan lilin sehingga air yang jatuh ke permukaan daun tidak membentuk butiran air. Bunga teratai tumbuh pada tangkai yang merupakan perpanjangan dari rimpang. Diameter bunga bergenus Nymphaea ini antara 5-10 cm.