Sekarang ni saya perkenalkan pula kepada anda bunga Jasmin. Pernah dengar tak?? Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac (jasmin) terdiri dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. Ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.
No comments:
Post a Comment