Saturday, August 24, 2013

untuk ADAM...~

Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan suami turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan suami dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu para suami perlu memainkan peranan sebaiknya.

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan suami lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu dengan cara:

- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Memberi kata-kata semangat untuk isteri
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

P/S : Di sini, timbul satu persoalan yang wajar bagi kita semua untuk difikirkan.. Kenapa para isteri amat mengharapkan kehadiran suami di sisi mereka di saat mereka ingin melahirkan? Kenapa tidak si ayah ataupun saudara mara lelaki terdekat mereka? Salah satu jawapan yang mampu Admin berikan ialah kerana mereka amat memerlukan keredhaan dari suami.

Sesungguhnya, anak kunci seorang isteri untuk meraih syurga terletak pada redha suami. Bak kata orang tua-tua, seandainya isteri pernah melakukan dosa kepada suami dan suami tak redha padanya, sukar bagi isteri untuk melahirkan. Dan realiti ini sering terjadi kepada mereka.

Jika si suami berada di sisi isteri pada masa itu, nescaya akan hilanglah ego mereka untuk memberikan keampunan kepada isteri. Kesakitan yang dideritai isteri akan membuatkan suami tidak sanggup untuk menghukumnya lagi lantas kemaafan itu diberi. Saat itu, andai umur si isteri panjang, maka akan memudahkan mereka untuk melahirkan. Dan andainya takdir Ilahi telah menetapkan, nyawa mereka bukan lagi milik badan, kemaafan itulah yang akan menentukan.. Sama ada mereka ke Jahannam atau Jannah idaman. Sama2lah kita renungkan..

Hati Isteri...


Isteri : Abang, sy tak tahu kenapa, dari tadi berdebar jer..
Suami: Ayg ada buat salah ke?
Isteri : Tak tahu lah abang.. berdebar. takut . sunyi . Cam rasa kehilangan pon ada ..
Suami: Ayg mehhh sini, duduk dekat abang..
Isteri : Abang, jom zikir sama2.
Suami: Okey syg..lepas kita zikir, abang baca quran ye.. **Sambil peluk isteri, baca quran. isteri sandar pd dada suami.

# Tiada apa yang baik selain kembali kepada Allah. Dan tiada apa yang ragu2 selain perasaan itu datang dri syaitan. Berdoalah sebanyak mungkin. In shaa Allah...

Saturday, August 10, 2013

MANISNYA.... ^__^

Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas asar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia
mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka

Monday, August 5, 2013

cerita sgt sedih okay..haha touching!!

Cerita penceraian aku dgn isteri ni berlaku pd taun lepas . Kitorg da 9 taun kawen , & da ade 2 org anak . Mase tu aku ade dkat office , dapat 1st sms dri isteri . ' Assalam abg , Ina nak mintak cerai dri abg . Harap abg dapat tunaikan . ' Tersentak aku . Knape pulak tibe2 . Aku xblas ap2 sms dri isteri . Jam pulak dah pkul 5 waktu aku bersiap utk ambil isteri balik kje . Sampai ke office die pn dalam roughly pkul 5.30 ptg . Die masuk dalam kereta dan diam . Aku pn mula la bukak suara , ' kita ke tasik titiwangsa nak ? ' . Die jwb ringkas , 'ok ' . Xjauh pn dalam 10 minit dah smpai sebab tempat keje die kat area jalan Ampang . Jalan pn xjem sgat time tu . Kitorg duduk dkat satu pondok . Aku mule bertanye .

Aku : Why so sudden ? Skrg da rase abg xcukup kacak ke ? ( aku cube bergurau )
Ina : Sebenarnye ina da agak letih . Kesihatan abg xpernah baik . Setiap pkul 3 pgi , ina mesti bgun buatkan abg air jus epal utk ubat sakit batu krg abg , tapi xpernah baik . Mlm smlm ina bgun pkul 3 lagi , buatkan air . Smpai ke office plak , pendrive ina rosak , dlam tu ade dokumen yg bos nak , ina dah kne marah . Smpai waktu lunch , ina beli mknn , bihun tu basi plak . Mcm2 hal jdi hari ni . Nak balik tdi , kaki ina terpeleot smpai jatuh kat dpan client . Malu la abg . Ina xcukup tidur , ina nak mintak cerai .

Memang betul . Dah lame tp kesihatan aku xpernah baik . Aku ditakdirkan terkena batu karang . Da mcm kaedah berubat tapi xjugak baik . Da 3 taun . Ubat tradisional . Aku pn xpernah gune alternatif perubatan laser sbb mhal . Jus epal yg aku minum tu cume bole reduce sakit ap yg aku alami ni . Kalau x malam2 aku mesti berdarah jugk la . Financial pulak problem sbb anak aku kne hinggap lelah , so duit byak keluar utk die msuk wad . Aku bgi jawapan utk isteri .

Aku : Abg sbenarnye agak terkedu . Tapi ina da buat keputusan . Abg berkahwin dgn ina bersebab . Klau bukan utk bhagiakan ina , utk spe lagi . Tapi ina xbhagia , abg kne pulangkan balik hak ina . Ina berhak utk lebih bhagia drpd skrg . Abg mintak maaf atas ap yg ina dah lalu ni . Mgkin 3 taun mse abg tgah sakit ni byak buatkan hati ina menangis . Tapi takdir Allah ni abg xboleh tolak . Abg kne truskan jugk kehidupan . Abg tunaikan permintaan ina utk lepaskan ina . Abg redha sbb abg sygkan ina . Ini pn tggungjwb . Tapi mggu dpan abg lafazkan cerai bole ? Lagipn mggu dpan abg outstation , ank2 kite pulak cuti skolah . Takut diorg terkejut pulak bnd yg dtg tiba2 ni . Soal pembahagian anak tu abg xkan berebut . Kite ad 2 anak , abg akan ambil yg sulung , ina ambil yg bongsu . Utk sminggu ni , abg tidur dkat ruang tamu atas sofa . Mgkin anak2 xkan syak sbb abg akan buka tv smpai pgi mse abg tido . Terima kasih atas jagaan ina slame 9 taun ni . Da mcm2 yg kite tempuh . Ina jgn menangis lagi . Air mate ina tu sgat berharga . Bila kita dah xbersama nnt , ina jgn lupe utk tutup suis sterika pgi2 . Lepas ina gosok tudung , ina mesti lupe . Abg xmrah . Kereta kita ni manual , ina dah lame xbwak manual kan ? Esok abg akan hantar utk tuka gearbox auto . Ina boleh pkai kereta , abg pkai moto je pegi kje . Safety first ina , pkai seat belt mse memandu . Ina slalu lupe , tapi abg pkaikan .
Ina : Minggu dpan ? Boleh la , lagipn mse tu cuti skolah , ina akan bwak budak2 balik kg . Ok .

Dalam mse smggu tu , aku tidur dkat luar . Bernyamuk jugk & pnas sbb air cond dkat dlam bilik . Aku jenis tido mati , berpeluh pn lena je tido . Tapi ina tu xpenah lupe utk bgun pagi buatkan aku jus epal utk aku minum , seperti kebiasaan . Da bermcm dvd jugk aku tgk kat rumah tu , walhal xpenah2 tgk dvd slame ni . Cume tau beli je . Tu pn ina yg nak sbb lepak mapley je msti beli satu dvd . Aku dgn die ni xsme taste , mane la aku suke cerita jiwang2 ni . Huhu . Smpailah cukup smggu hari sabtu pagi .

Aku : ina , abg nak cakap sket ni . Dtg dkat abg kejap bole ?
Ina : ye abg , knape ?
Aku : abg da jnji dgn ina abg nak lepaskan ina , abg nak lafazkan cerai .
Ina : hah ? Xboleh abg . Jangan ! Ina sygkan abg . Ina da buat keputusan yg slah . Ina mintak maaf . Kite balik smula ye abg . Ina lupe dgn janji abg , tapi ina xbiase bile abg xde . Org yg boleh fham ina dgn baik cume abg . Ina xkan ulang bnd ni lagi dkat abg . ( Ina menangis . Nasib baik anak2 ad dkat luar rumah , kitorg dkat dapur )
Aku : abg dah lame ampunkan ina . Ina xslah dlam hal ni . Abg pn susah hati bile ina xde . Takdir Allah , tuhan da baikkan hati ina . Abg tipu sunat dkat ina . Sbnrnye abg xde outstation . Abg bgi alasan tu sbb abg nak ina bertenang utk ina fikir balik keputusan ap yg ina dah buat . Abg mintak maaf . Dah 9 taun , abg pn xbiase klau xtgk kecantikan ina waktu pgi tanpa mekap . Abg rase sejuk . Walaupn ina tidur dgn berbagai gaya . Sendawa ina lepas makan , betul2 buat abg tergelak . Lnsung xcover . Tapi tu la , klau ina xnak kat abg ni , abg makin tua makin tampan . Melepas la ina .
Ina : abg niiii . ( ina pn peluk aku ) . Ina shampoo rambut abg nnt nak ? Da slalu rase air tgan ina ni bru la abg xmenggatal .
Aku : Hamboii . Bodek num 1 . Haha .

Alhamdulillah aku dgn ina xjdi bercerai . Takdir Allah hubugn tu slamat dgn masa . Ad care sbnrnye mcm mane aku nak tackle problem ni . Alasan die sbb die letih bgun pgi buat jus epal utk aku . Die kene tau , level die sbgi isteri die terpaksa buat . Aku xpernah pakse , cume aku ni pn org yg susah utk bangun seawal 3 pgi . Huhu . Tapi terpaksa die ni adalah kerja utk Allah . Yelah sbb jge suami kan . Dari hati yg terpakse tu die akan ikhlas . Macam solat . Org yg nak berubah die kne bentuk diri die dgn solat . Die buat dlam keadaan memaksa . Tapi hati ni milik Allah . Lame2 die akan ikhlas & redha . Ikhtiar aku , cume aku berdoa mintak die dilembutkan hati . Standard org perempuan , emosi die ni turun naik . Bile emosi die naik , moral die akan down & marah . Time ni la die kurg sabar . Bile buat keputusan , mmg die akan ikut ape aje yg terlintas . Die akan capai yg mane ade dulu dalam fikiran die . Emosi die xstabil .

Ina ni agak pelupa . Sebenarnye ade helah knp aku bawak die ke tasik titiwangsa dulu mse die mintak cerai . Kat situ mulanya date kitorg dulu . Waktu tu , Ina tersalah dial telefon . Angka cuma lari 1 je dari num yg die nak dial tu . Die cari Ramli mase tu . Aku bile dgar suara perempuan je , ape lagi . Gune kan lah teknik penyamaran . Lagipn suara die ni sedap didengar sbb suara manje . Lagilah aku lentok . Cume die cakap laju je . Kete die tgah problem mase tu sbb xleh nak start ( kete kancil ni da jual , aku beli kete baru ). Aku bgi die troubleshoot . Tapi die xpndai sbb org perempuan kan . Bab2 ni die xlaju . Kesian pn ade sbb dgar suara die dah nak nanges . Lagilah aku xjdi nak menipu , aku ckap aku bukan Ramli . Aku cakap aku dtg nnt , kalau die sudi . Die dah start risau , tapi aku gtau waktu siang ni . Aku xmungkin nak culik die . Klau die ade rase ragu2 , die boleh jarakkan diri 50 meter dri aku & start menjerit klau nampak aku ni meragukan nnt . Niat cume nak tolong . Aku smpai & jumper battery die balik & kete boleh start . Tapi die xjarakkan dri aku pn , die tgk dgn penuh minat & penuh dgn pertanyaan . Aku pn tanye la , ' dalam kete awak ni ade payung berger x ? ' die tnye ' kenape ? ' . Aku jawab , ' kalau ade , sy nak bukak kaunter pertanyaan kat sini ' . Die kate aku perli pulak . Haha . Kete die mmg kemas & superb wangi . Die bukak pintu kete & ambil air twister mase tu bgi dekat aku . Aku balas , ' Aih xkan ni je . Nasik2 xde ke ? Kot ade jamuan ringan nnt , jgn lupe call pulak . Sy ni kuat makan ' . Tu la 1st aku tgk die senyum & gelak . Memang mengekek . ' Aih minah ni . Ade bela ke , ' tanye aku dalam hati . hahaha .

Memang betul . Tiap kali gaduh ni , 1st thing yg aku akan recall , mcm mane aku boleh kenal ina ni & knp mesti aku mule bercinta dgn die dulu . Mase tu da berlalu . Bab ni mmg pentg . Itulah resepi knp aku dgn die bole bertahan smpai 9 taun lamenye . Tapi mate die mmg sgat cantik . Mungkin tu sbb knape aku terpikat dgn die kot . Main2 mate dgn aku , mane aku boleh than . Cair terus . Haha

Sblum kawen dgn ina ni , aku da kaji habis-habisan ape watak die . Tapi mse bercinta tu xnampak . Agak tricky jugk , xkn la xde salah lansung . Makan pn elok je sopan . Macam aku makan dgn permaisuri agong plak . Haha . Tapi mse bercinta dulu ina da terkantoi . Aku tgk tudung die ad sikit terbakar . So aku tanye kenapa . Die kate die nak cepat tdi sbb aku da nak dtg . Dri situ sbenarnye aku tau die seorg yg agak kurg sabar . Die xprepare awal sblum aku nak dtg . Org mcm ni die cpat buat keputusan bila die mrah .

Orgnya sensitif . & die seorg yg simple . Simple tu sbb die suke knekan pkaian yg ringkas . Die xpndai pilih baju . Sluar jeans die pn akak die yg belikan .Die takut pd lipas , so aku agak die seorg yg pengemas . Bwah katil die mesti clear xde brg . Klau x die xsng tido .

Penyayang , tu pn sbb die bela kucing . Waktu kucing die mati dulu , aku ade & die riba mayat kucing tu . Kucing tu dah berdarah2 , tapi die msih boleh riba .

Concern , tu pn sbb die tgk budak2 laki xsolat , lepak2 dkat mapley . Die tanye aku dah solat blom , die risau klau aku xsolat , mcm mane aku nak jge die esok2 .

Family first , mse aku kenal die , die cpat2 bgtau family die yg die tgah berkenalan dgn aku .

Caring , stiap pgi die xkan lupe utk bgi salam dkat aku & die xnak aku kerja lebih mse sbb takut kesihatan aku terabai .

Talkative , klau berckp telefon dgn die , 10 minit pn xcukup utk 1 sesi .

Tabah , die pernah sakit tapi die slalu sedapkan ati kuatkan diri utk family die , xnak family die risau keadaan die .

Terurus , die suke pd bnd yg wangi , die secara natural xade bau yg mengharukan .

Friendly , die seorg yg suke b'kwn tapi kdg2 org suke amek kesempatan pd kebaikan die ni .

Rajin memasak , die suke klau bab2 nak suro aku try makan ni . Tapi die ttap xpndai buat nsik grg . Mee grg ok . Lagipn , die ni jenis yg xmakan nasik .

Cantik , ini yg kdg2 buat aku risau ( jeles memanjang ) . Die ade kacukan korea & die gebu orgnye . Tapi da slmat jdi isteri aku pn . So aku xrisau . She's really a perfect girl to be married .

Ingat bro . Perempuan ni die perlukan perhatian . Kesilapan paling utama , bile ko buat die menangis . Time ni la , cerita yg xde bakal diada2 kan . Sbb die confuse . Org laki ni plak suke buat org perempuan confuse . Bile marah @ kecik ati je diam . Klau yg pnas baran tu , mgkin naik tgan la . Maki2 ke . Ini lansung xgentleman . Alam perkahwinan ni lain . Susah mmg ade , tapi seronok pn ad . Aku kawen dgn ina waktu die msih mude , die bru abes blaja . Pembawakan die agak kebudak-budakan tapi perlahan2 die matang bile da jdi isteri . Byak part yg die akan blaja , secara automatiknye die akan pndai . Contoh , die xpndai gsk baju kemeja dlu sbb die xpernah buat . Aku ajr die gosok , smpai skrg die pndai , baju kemeja aku mmg kemas . Member2 msti tego , ko pkai baju bru ke ni ? Kembg semangkuk sat . Bini pndai jage , mmg tip top lah hasilnye aku ni . Hehehe .

renung2kn..

ahli psikologi kata....

- bila seseorang tu ketawa beria biarpun hanya perkara kecil yang tak lucu dan kelihatan bodoh,
dia sebenarnya mempunyai jiwa yg sgt sunyi..

- kalo org tu banyak tido, maknanya dia kuat bersedih..

- bila dia kurang bercakap tapi pantas dalam berbicara, maknanya dia simpan
banyak sgt rahsia..

- kalo dia susah nk kuarkan air mata maknanya dia seorg yg lemah..

- kalo senang nak nangis walaupun benda kecik, maknanya die seorang yg berhati lembut..

- dan kalo die cepat marah walaupun perkara sekecik kuman, itu maknanya die perlukan
kasih sayang...

~ berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri..

Friday, August 2, 2013

suami JANGAN tanya.....

Suami jangan asyik bertanya , "Apa yang isteri aku dah sediakan untuk aku?"

Tapi tanya diri sendiri , " Apa yang aku dah sediakan untuk isteri aku?"

Simple .
Perkahwinan bukan bererti si isteri menjadi pelengkap si suami tetapi seharusnya hidup berpasangan itu saling melengkapi .

InsyAllah ,
Toleransi dalam berumah tangga .
Moga Allah redha .
:')

pEtUa AgAR PERKAHWINAN sEnTiasa BahAgia!!

Semua pasangan suami isteri inginkan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, tanpa usaha dan doa ia sukar dicapai.

Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.

✔ Sentuhlah tangannya selalu.

✔ Ajaklah dia mandi bersama.

✔ Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.

✔ Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.

✔ Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.

✔ Tulislah nota cinta buat si dia.

✔ Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.

✔ Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.

✔ Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.

✔ Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.

✔ Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.

✔ Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.

✔ Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.

✔ Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.

✔ Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.

✔ Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.

✔ Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.

✔ Peluklah si dia sekerap mungkin.

✔ Sentiasa bertawakal kepada ALLAH

✔ Sentiasa berdoa pada ALLAH agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.