Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan suami turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan suami dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu para suami perlu memainkan peranan sebaiknya.
Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.
Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan suami lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.
Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Memberi kata-kata semangat untuk isteri
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
P/S : Di sini, timbul satu persoalan yang wajar bagi kita semua untuk difikirkan.. Kenapa para isteri amat mengharapkan kehadiran suami di sisi mereka di saat mereka ingin melahirkan? Kenapa tidak si ayah ataupun saudara mara lelaki terdekat mereka? Salah satu jawapan yang mampu Admin berikan ialah kerana mereka amat memerlukan keredhaan dari suami.
Sesungguhnya, anak kunci seorang isteri untuk meraih syurga terletak pada redha suami. Bak kata orang tua-tua, seandainya isteri pernah melakukan dosa kepada suami dan suami tak redha padanya, sukar bagi isteri untuk melahirkan. Dan realiti ini sering terjadi kepada mereka.
Jika si suami berada di sisi isteri pada masa itu, nescaya akan hilanglah ego mereka untuk memberikan keampunan kepada isteri. Kesakitan yang dideritai isteri akan membuatkan suami tidak sanggup untuk menghukumnya lagi lantas kemaafan itu diberi. Saat itu, andai umur si isteri panjang, maka akan memudahkan mereka untuk melahirkan. Dan andainya takdir Ilahi telah menetapkan, nyawa mereka bukan lagi milik badan, kemaafan itulah yang akan menentukan.. Sama ada mereka ke Jahannam atau Jannah idaman. Sama2lah kita renungkan..
No comments:
Post a Comment