YA. tak banyak yang kita boleh buat dengan seminit...tapi kita berkesempatan untuk..... :
- berzikir (سبحان الله وبحمده )sebanyak 100x."sesiapa yang membaca lafaz ini sebanyak 100x pada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan" _Riwayat al-Bukhari dan Muslim_
- atau berzikir(سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم)sebanyak 50x. "Inilah dua ungkapan yang ringan pada lisan, berat pada timbangan dan disukai Allah Ar-Rahman. _Riwayat al-Bukhari dan Muslim_
- atau berzikir (لا حول ولا قوة إلا بالله)sebanyak 40x. Ini antara ungkapan yang tersimpan dalam khazanah syurga. _Riwayat al-Bukhari_
- atau berselawat sebanyak 30x.Dengan sekali selawat, Allah berselawat untuk kita sebanyak 10x. Maka dengan 30x selawat, kita akan dapat 300x selawat dari Allah.
- atau membaca surah al-ikhlas sebanyak 15x. baca sekali, umpama khatam 1/3 al-quran..maka dengan seminit, 5 kali kita dapat mengkhatamkan al-quran.
- atau membaca 5x surah al-fatihah. inilah surat yang paling agung dalam al-quran."Hendakkah aku ajarkan kamu satu surah yg merupakan surah teragung dlm al-quran? iaitu alhamdulillahirobbil 'alamin.ini 7 ayat yg berulang2 serta al-quran agung yg kau terima"_Riwayat al-Bukhari_
No comments:
Post a Comment